Pemakalah dipelawa untuk mengemukakan makalah yang releven dengan tema, Transformasi Teater : iluminasi Industri Kreatif.
Abstrak yang panjangnya tidak melebihi 200 patah perkataan serta biodata sepanjang lebih kurang 50 patah perkataan hendaklah sampai kepada Urus Setia selewat-lewatnya 10 Jun 2011(Jumaat) . Pihak Urus Setia akan mengesahkan penerimaan abstrak bermula pada 13 Jun 2011(Isnin).
Makalah lengkap hendaklah disampaikan selewat-lewatnya 15 Julai 2011(Jumaat). Makalah yang lewat tidak akan dipertimbangkan untuk pembentangan. Semua abstrak dan makalah hendaklah disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Pembentang Kertas Kerja
Pembentang makalah untuk seminar ini terdiri daripada:
i. Pembentang jemputan
ii. Pembentang yang dipilih
Pembentang yang dipilih akan dikenal pasti oleh penganjur yang terdiri daripada ahli akademik, industri seperti karyawan, kementerian, dan badan penajaan yang berkaitan dengan industri seni.
Senarai Pembentang Kertas Kerja | ||
1. | Prof. Dato’ Dr Sr Kamaruddin | UNIKL |
2. | Dr. Nur Afifah Vanitha Abdullah | UNIMAS |
3. | En. Hafshizan Hashim | UITM |
4. | En. Zakaria Ariffin | ASWARA |
5. | Pn. Umi Kalsom | UITM |
6. | En. Sabri Buang | WILD RESERVES SINGAPORE |
7. | Cik. Rohayah Attan | CTRA PRODUCTION |
8. | Pn. Norzizi Zulkifli | UITM |
9. | En. Wahab Hamzah | DBP |
10. | En. Hamzah Mohamed Tahir | UITM |
11. | Pn. Marlenny Deenerwan | UM |
12. | En. Hafiz Askiak | UITM |
13. | En. Shahrul Fitri | UITM |